Sidang DUN: Teguh Bersama, Makmur Melaka jadi tema Bajet 2023 Negeri Melaka

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 12 Disember -Teguh Bersama, Makmur Melaka – Memulih Ekonomi, Memperingat Aku Janji, Mensejahtera Rakyat dipilih sebagai tema Bajet 2023 Negeri Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, Bajet 2023 itu berteraskan ‘no one left behind’ yang dicerakinkan kepada 11 fokus utama selari dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ 2035).

Katanya, sebanyak tiga agenda diberi penekanan iaitu pertama mensejahtera sosio-ekonomi rakyat, kedua menuju kemampanan ekonomi dan ketiga mempercekap perkhidmatan awam.

Jelas Sulaiman, pada 2023, hasil Kerajaan Negeri dianggar berjumlah RM455.55 juta dengan pecahan hasil cukai sebanyak RM145.92 juta dan hasil bukan cukai sebanyak RM297.54 juta, selain RM12.09 juta terimaan bukan hasil.

Katanya, anggaran perbelanjaan mengurus ialah sebanyak RM455.43 juta, manakala perbelanjaan pembangunan sebanyak RM82 juta.

“Ia sekali gus meneruskan inisiatif bajet lebihan atau surplus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan (2023) 2022 pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di Dewan Persidangan DUN, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2603
Kongsi :
Previous post Sidang DUN: Melaka tunai 100 peratus janji manifesto PRN
Next post Sidang DUN: Kadar bantuan mangsa bencana dinaikkan
Ubah saiz-+=