
Banjir: Hampir 100 anggota APM bertugas di Pasir Mas
PASIR MAS, 12 Disember – Hampir 100 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan ditugaskan melaksanakan operasi serta pemindahan mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara di jajahan Pasir Mas sejak Jumaat lepas.
Pengarah APM Kelantan Kol (PA) Mohd Adzhar Mujab berkata operasi turut melibatkan anggota daripada kawasan yang tidak terjejas banjir.
Beliau berkata setakat ini, banjir di negeri ini hanya melibatkan Pasir Mas khususnya Rantau Panjang.
“Selain anggota sedia ada di Pasir Mas, operasi pemindahan turut dibantu anggota dan logistik dari Tumpat dan Tanah Merah yang tidak terkesan banjir,” katanya kepada pemberita ketika melakukan pemantauan situasi banjir di Kampung Serongga, Repek di sini hari ini.
Mohd Adzhar berkata dalam tempoh bencana, pihaknya melaksanakan pemantauan 24 jam di kawasan terjejas banjir.
“Ketika ini situasi banjir di Pasir Mas terkawal dan diharapkan tidak berlaku perkara di luar jangkaan,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
