
Sidang DUN: 1,415 dapat kerja hasil pelaburan baharu di Melaka – Ab Rauf
SERI NEGERI 13 Disember – Jumlah pelaburan RM4.4 bilion yang masuk ke Negeri Melaka setakat September lalu mewujudkan sebanyak 1,415 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata peluang pekerjaan itu melibatkan pelaburan dalam sektor premier, pertanian, perikanan, perladangan dan komuditi, pembuatan serta perkhidmatan.
“Kemasukan nilai pelaburan baharu di Melaka sehingga Jun lalu berjumlah RM3.24 bilion.
“Semalam Ketua Menteri maklumkan setakat September jumlah pelaburan memasuki dan dikeluarkan secara rasmi oleh MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) adalah RM4.4 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Fairul Nizam Roslan (BN-Asahan) mengenai tawaran untuk menarik pelabur masuk ke Melaka pada Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.
Tambahnya merujuk kepada status ‘My Future Job Perkeso’, sehingga 17 November lalu jumlah kekosongan pekerjaan yang aktif diiklankan adalah sebanyak 8,169 jawatan merangkumi semua sektor-sektor premier.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IBU BAPA HARGAI SOKONGAN TOK HAMEED TERHADAP ANAK ISTIMEWA
AYER LIMAU 31 Oktober - Sokongan kepada keluarga yang membesarkan anak berkeperluan khas amat bermakna, terutama apabila kos penjagaan dan...
PRN MELAKA: HELMY BAWA ‘KAD PRESTASI’ KE GELANGGANG DUYONG
DUYONG 1 November - Rekod perkhidmatan sepanjang lima tahun lalu menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Noor Helmy...
PRN MELAKA: ‘AH SEM’ CALON NOMBOR 1 DUN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 31 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem atau lebih dikenali...
PRN MELAKA: BILIK GERAKAN SPRM BEROPERASI 24 JAM
AYER KEROH 31 Oktober - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka bilik gerakan beroperasi 24 jam sepanjang berlangsungnya Pilihan Raya...
PRN MELAKA: 65 CALON LELAKI, 14 WANITA BERTANDING DI 28 KERUSI DUN
AYER KEROH 31 Oktober - Persaingan merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: JASMINE MAHU ANAK MUDA KEMBALI BERKARYA DI BANDAR HILIR
AYER KEROH 31 Oktober - Meskipun diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N22 Bandar...
