Sidang DUN: Adly garis tiga teras utama bantu Menteri Pertahanan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 13 Disember – Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari menggariskan tiga teras utama bagi membantu Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan selepas memulakan tugas rasminya semalam.

Katanya tiga teras itu merangkumi keselamatan negara, potensi ekonomi maritim dan memgutamakan warga angkatan tentera yang sedang berkhidmat.

“Sebagai makluman, dalam taklimat daripada Kementerian Pertahanan tanggungjawab, saya berperanan membantu Menteri Pertahanan bagi memastikan tiga teras dalam kertas putih pertahanan negara menjadi keutamaan.

“Pertama keselamatan negara, kedua kita tahu bahawa Malaysia adalah sebuah negara mempunyai potensi ekonomi daripada segi ‘blue economy’ iaitu ekonomi maritim, jadi sudah pasti pertahanan maritim menjadi keutamaan kita juga.

“Itu antara teras kekuatan kita untuk pastikan keselamatan pertahanan kita dan warga angkatan tentera juga akan kita berikan keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Keempat (Bajet), Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Terdahulu Adly secara rasminya memulakan tugas sebagai Timbalan Menteri Pertahanan semalam.

Antara langkah awal Adly sebagai timbalan menteri sebaik sahaja tiba di Wisma Pertahanan adalah melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Adly turut turut mendengar sesi Taklimat Eksekutif yang disampaikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang di Kementerian Pertahanan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2381
Kongsi :
Previous post Sidang DUN: 1,415 dapat kerja hasil pelaburan baharu di Melaka – Ab Rauf
Next post Sidang DUN: Dr. Mohd Yazil Ketua Pembangkang Melaka
Ubah saiz-+=