
COVID-19: Perancis isytihar darurat, kuat kuasa perintah berkurung
PARIS 15 Okt. – Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Rabu mengumumkan perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan di Paris dan bandar-bandar lain, selaras dengan darurat yang telah diisytiharkan di negara ini bagi membendung penularan COVID-19.
Dalam wawancara disiarkan televisyen negara, Macron berkata perintah berkurung berkuat kuasa mulai Sabtu dari 9 malam hingga 6 pagi di wilayah Ile-de-France dan lapan bandar lain, lapor Agensi Anadolu.
Selain Paris dan wilayah di sekitarnya, langkah terbaru itu juga membabitkan bandar Lille, Grenoble, Lyon, Aix-Marseille, Montpellier, Rouen, Saint-Etienne dan Toulouse.
Langkah tersebut dikuat kuasa oleh presiden untuk membantu membendung COVID-19 daripada terus merebak, yang menurut pegawai kesihatan Perancis kini berdepan gelombang kedua jangkitan.
Kementerian Kesihatan Perancis pada Rabu melaporkan 22,591 kes baharu COVID-19, menjadikan keseluruhan 779,063 kes jangkitan. Angka korban pula sudah mencecah 33,037 ditambah 104 lagi kematian yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Macron juga menggesa sebarang perhimpunan yang dianjurkan dihadkan tidak melebihi enam orang.
Ujarnya, mereka yang mendapat bantuan kebajikan dan perumahan akan menerima €100 hingga € 150 untuk setiap anak tempoh selama enam minggu.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
PENDEKATAN M.E.L.A.K.A JADI PEDOMAN – SUK
SERI NEGERI 11 September - Pendekatan M.E.L.A.K.A diperkenalkan sebagai panduan dan budaya kerja baharu bagi meningkatkan kualiti penyampaian Perkhidmatan Awam...
‘DATANG AYER LIMAU TAK SAH KALAU TAK JAMAH SERABAI’
AYER LIMAU 11 September - Mungkin kerana kurang popular tidak ramai lagi yang menjual kuih serabai, namun keadaan itu dianggap...
MAULID ARBAIN SEMARAK CINTA RASUL DI TAMAN KRUBONG PERDANA
PAYA RUMPUT 12 September - Taman Krubong Perdana disuburi dengan suasana kecintaan terhadap Rasulullah SAW apabila menjadi lokasi penganjuran Program...
PERPUSTAM PERKASA BUDAYA MEMBACA MENERUSI WRUR
AYER LIMAU 11 September - Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) terus memperkasa budaya membaca dalam kalangan anak Melaka menerusi penganjuran...
INSENTIF BELANJA RAKYAT LEGAKAN GOLONGAN KURANG MAMPU
AYER LIMAU 11 September - Pemberian Insentif Belanja Rakyat yang disalurkan Kerajaan Negeri kepada golongan yang layak disifatkan amat bermakna...
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
