
Seminar Melaka Produktif ditangguhkan
AYER KEROH 15 Okt. – Seminar Melaka Produktif, Pelancaran Melaka Produktif, Malaysia Mudah dan Katalog Perundangan Negeri Melaka yang sepatutnya berlangsung pada 23 Oktober ini ditangguhkan ke 19 November 2020.
Menurut Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan Roziana Othman, ia berikutan peningkatan ketara kes COVID-19, justeru tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga dan mengurangkan risiko.
“Pihak Kerajaan Negeri Melaka dan MPC Wilayah Selatan mengambil keputusan untuk menangguhkan program ini ke tarikh baharu.
“Ini adalah sejajar menyahut saranan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar risiko wabak ini merebak dapat dielakkan dan dicadangkan untuk ditangguhkan. Kita pasti dengan penangguhan program ini akan menjamin keselamatan semua pihak.
“Namun begitu, pelaksanaan inisiatif program-program di bawah Melaka Produktif tetap diteruskan bagi memastikan Negeri Melaka sentiasa kukuh dan berdaya saing,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
