Empat wanita antara lima ditahan berhubung kes bunuh rakan sekerja

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

KUALA LUMPUR, 4 Feb – Polis menahan lima individu termasuk empat wanita kerana dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh seorang lelaki warga India yang mayatnya ditemukan ditanamΒ di kawasan lereng bukit, di belakang sebuah banglo, di Subang Jaya, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata kesemua suspek yang berumur dalam lingkunganΒ 25 hingga 35 tahun itu, terdiri daripada dua wanita warga tempatan, seorang wanita warga Indonesia dan India serta seorang lelaki warga India.

Katanya, mereka yang merupakan pekerja sebuah pusat jagaan orang tua,Β ditahan pada KhamisΒ lepas dan semalamΒ di sekitar kawasan Subang Jaya.

β€œKes ini terbongkar selepas seorang lelaki warga India mengaku telah membunuh seorang lelaki rakan senegaranya Mei tahun lepasΒ dan telah menanam mayat mangsa di belakang sebuah banglo yang dijadikan pusat jagaan orang tua di Subang Jaya. Pengakuan dibuat di Ampang Jaya.

β€œEkoran pengakuan itu, polis dari IPD Ampang Jaya telah menahan suspek serta seorang wanita warga India yang merupakan isteri mangsa. Hasil soal siasat yang dijalankan, suspekΒ itu telah menunjukkan lokasi pembunuhanΒ serta tempat mayatΒ ditanam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempatΒ kejadian, polis telah menemukan satuΒ bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut tubuh mangsa yang berusia 25 tahun yang dibunuh dengan cara dikelar lehernya.

Susulan penemuan mayat itu, katanya polis menahan tiga lagi wanita bagi membantu siasatan.

Wan Azlan berkata siasatan mendapati motif mangsa dibunuh disebabkan suspek lelakiΒ itu mempunyai hubungan sulit dengan isteri mangsa.

β€œMayat dihantar ke Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasatΒ dan polis masih meneruskan siasatan bagi mencari senjata yang digunakan dalam kes itu,” katanya.

Beliau berkata kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah diminta tampil memberikan maklumat melalui talianΒ 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang Jaya).Β 

—Β BERNAMA

Β 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2880
Kongsi :
Previous post Tubuh koperasi, jana pendapatan
Next post Kursus percuma buat OKP bantu jana pendapatan