
Banjir: Hampir 500 mangsa di Melaka dipindahkan
MELAKA 5 Mac – Seramai 493 mangsa banjir membabitkan dua daerah di negeri ini telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi ini.
Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Melaka memaklumkan jumlah itu membabitkan seramai 134 keluarga.
Mengikut data yang dikeluarkan mangsa yang paling ramai dipindahkan ialah di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah (Jasin) iaitu seramai 209 mangsa.
Ia diikuti PPS SK Parit Penghulu 142 mangsa, SK Seri Mendapat (64), SK Parit Gantong (62) dan 16 di PPS Balai Raya Bukit Tambun.
Sekretariat itu turut memaklumkan sehingga kini 19 kawasan masih terjejas banjir membabitkan enam di daerah Alor Gajah dan 13 di daerah Jasin.
Antara kawasan yang masih terjejas ialah Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Kampung Gadek, Kampung Panchur, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau dalam daerah Alor Gajah.
Manakala daerah Jasin pula membabitkan Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang, Kampung Bukit Asahan, Kampung Chohong, Simpang Bekoh, Kampung Tersusun Seri Mendapat, Kampung Parit Penghulu, Kampung Janda Berhias, Kampung Tasik, Kampung Batu Gajah Pasir, Parit Putat Benteng, Parit Sidang Seman Benteng dan Batu Gajah Jalan Simen.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PEMANDU TRELER TERLIBAT KEMALANGAN MAUT DIREMAN EMPAT HARI
JOHOR BAHRU 3 April - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan persimpangan...
TIADA KES STROK HABA DI MELAKA SETAKAT INI – EXCO
MELAKA 3 April - Tiada kes strok haba direkodkan di Melaka setakat ini meskipun cuaca panas yang melanda ketika ini,...
‘DUA BERITA GEMBIRA SERENTAK’
SUNGAI UDANG 3 April - Dilema akibat bau busuk lebih dua dekad membelenggu penduduk taman perumahan sekitar Pusat Pelupusan Sampah...
KES DENGGI DI MELAKA TURUN 63 PERATUS
TELOK MAS 3 April – Kes demam denggi dilaporkan di Melaka setakat 2 April lalu menunjukkan penurunan ketara dengan mencatatkan...
PEMBANGUNAN LOJI WTE BERPOTENSI LONJAK NILAI HARTANAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 3 April - Nilai hartanah di Sungai Udang berpotensi akan melonjak dengan wujudnya Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang...
‘WELLNESS HUB’ PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT KEPADA RAKYAT MELAKA
TELOK MAS 3 April – Kewujudan Wellness Hub Melaka Tengah mampu meningkatkan lagi tahap kesedaran dalam kalangan penduduk negeri ini...

