JPJ keluarkan enam notis saman keatas institut memandu

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BUKIT KATIL 14 Mac – Sebanyak enam notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka ke atas tiga institut memandu di sekitar Melaka, menerusi Ops Khas Institut Memandu (OKIM) yang dijalankan, baru-baru ini.

Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata, operasi khas itu dijalankan Unit Operasi bagi memastikan setiap institut memandu, mematuhi dan mengikut ketetapan operasi ditetapkan termasuklah dari segi keselamatan kenderaan diguna pakai.

Beliau berkata, operasi khas ini dijalankan secara berterusan oleh pihak JPJ dan institut yang diperiksa juga dibuat secara rawak.

“Pemeriksaan yang dijalankan membabitkan Sijil Kenderaan Institut Memandu (SKIM) dan Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) yang perlu dipatuhi bagi pengoperasian selain turut dilakukan pemeriksaan teknikal kenderaan.

“Menerusi beberapa operasi yang dijalankan sejak Februari hingga 9 Mac sebanyak 52 buah kenderaan di institut memandu diperiksa oleh Unit Operasi dan hasilnya enam notis saman dikeluarkan membabitkan kesalahan seperti tiada brek kaki ke tiga, tiada penadaan serta lampu brek tidak berfungsi,” katanya.

Menurut beliau, pemantauan juga dibuat keatas kenderaan sekolah memandu yang digunakan ia bagi memastikan semua aset digunakan di IM dijaga dan diselenggara dengan baik.

“Ini juga bagi memastikan tiada perlanggaran arahan dibuat oleh institut berkenaan seperti penyediaan kenderaan yang mencukupi, fasiliti yang berfungsi dengan baik dan hanya petugas dibenarkan sahaja,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6374
Kongsi :
Previous post Perkasa keterjaminan sumber makanan – KM
Next post 13 bazar Ramadan, 3 bazar Aidilfitri di Alor Gajah
Ubah saiz-+=