
Jempol, Padang Terap catat cuaca panas tahap berjaga-jaga – MetMalaysia
KUALA LUMPUR,1 Mei – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi kawasan Padang Terap di Kedah dan Jempol di Negeri Sembilan.
Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan itu hari ini, dua kawasan berkenaan mencatatkan gelombang haba tahap kuning setakat petang 4.20 petang tadi.
Tahap kuning merujuk kepada suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Sementara itu, kawasan lain di Semenanjung serta seluruh kawasan Sabah dan Sarawak mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah celcius (tahap biru).
MetMalaysia sebelum ini memaklumkan fenomena cuaca panas dan bahang yang melanda di kebanyakan kawasan di Semenanjung diramal tidak akan berpanjangan dan menasihati orang awam terutama mereka yang bekerja atau mempunyai aktiviti di luar bangunan supaya berhati-hati ketika cuaca panas. — BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TUN DR. MOHD ALI RAI 50 ANAK YATIM DUN RIM SEMPENA HARI ASYURA
RIM 26 Jun - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir memeriahkan Majlis Sambutan Hari...
MAIM SEMAI KASIH SAYANG KEPADA ANAK YATIM RAYSAS SEMPENA HARI ASYURA
PANTAI KUNDOR 26 Jun - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada anak yatim bersempena Hari...
213 ANAK YATIM PARLIMEN ALOR GAJAH DIRAIKAN SEMPENA HARI ASYURA
REMBIA 26 Jun - Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah 213 anak-anak yatim yang diraikan pada Majlis Menyantuni Anak-Anak Yatim...
7 DEKAD, KELAB BELL BELIA TAMIL TERUS BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT
AYER KEROH 26 Jun - Program Derma Darah 2026 anjuran bersama Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia dan Majlis Kelab...
WRUR RIM: MPJ PRIHATIN BAIK PULIH LIMA RUMAH UZUR
RIM 26 Jun - Sebanyak lima rumah uzur telah dinaik taraf dan dibaik pulih Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dengan kos...
SEMANGAT HIJRAH PEMANGKIN BUDAYA KERJA WARGA CMI
AYER KEROH 26 Jun - Semangat hijrah bukan sekadar mengimbau perjalanan agung Rasulullah SAW, sebaliknya menjadi pemangkin kepada pembentukan budaya...

