Cuaca panas tak halang orang ramai bersantai di pantai

Masa Membaca:2 Minit, 4 Saat

TANJUNG BIDARA 1 Mei – Cuti sempena Hari Buruh, hari ini dimanfaatkan beberapa keluarga untuk bersantai di Pantai Pengkalan Balak.

Walaupun berdepan cuaca panas, namun kawasan pelancongan itu masih dikunjungi pelancong sejak pagi tadi untuk berkelah bersama keluarga.

Bagi Syahieman Iskandar, 21, yang menetap di Puchong, Selangor, walaupun cuaca panas, namun dia menyifatkan ia tidak menjejaskan perancangan keluarganya untuk bersantai sambil menghirup udara segar.

Dia turut meluahkan keterujaan pertama kali datang ke pantai berkenaan kerana baginya pantai itu bersih dan sesuai diangkap sebagai antara destinasi pelancongan untuk bersantai pada hari cuti.

“Sejak kami tiba di Melaka semalam alhamdulillah kita lihat cuaca masih lagi terkawal walaupun panas pada waktu pagi dan tengah hari tetapi pada lewat petang hujan akan turun.

“Ini tidak menjejaskan percutian kami ke Melaka sebab seronok tengok keadaan cuaca yang cantik membuatkan kita memilih Pengkalan Balak untuk dimanfaatkan sempena cuti Hari Buruh ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Nada sama juga turut disuarakan seorang pengunjung dari Alor Gajah, Staffni Joseph, 30 yang mengakui walaupun berdepan cuaca panas berlaku namun Negeri Melaka akan ‘kembali sejuk’ semula susulan hujan berlaku pada lewat petang.

“Kita sering kali berkunjung ke pantai ini sebab macam-macam tarikan ada dan sesuai untuk anak-anak bermandi manda kerana kawasannya yang bersih, selamat dan pelbagai aktiviti boleh didapati di kawasan ini.

“Malah hari ini juga hari cuti bagi saya jadi kami sekeluarga yang tinggal dari serata negeri ini dapat bertemu semula bagi melakukan aktiviti yang mampu mengukuh ikatan kekeluargaan kami,” katanya.

IMG-20230501-WA0021
NURUL Farra dan keluarga yang tiba dari Shah Alam sering menjadikan Pantai Pengkalan Balak sebagai lokasi pilihan untuk bercuti.

Sementara itu, pengunjung dari Shah Alam, Selangor, Nurul Farra Natasha Ahmad Zaidi, 20 berkata pantai itu kekal menjadi lokasi persinggahan keluarganya setiap kali datang ke Melaka.

Namun begitu, dia berharap pelbagai penambahbaikan akan dilaksanakan pada masa akan datang terutama isu parkir yang terhad dan kesesakan jalan menjadi masalah utama setiap kali berada di situ.

“Sebab kawasan ini memang tidak banyak parkir disediakan lebih-lebih lagi pada waktu petang kalau kita datang terpaksa pusing dua tiga kali sebab nak cari kawasan sesuai untuk meletak kenderaan.

“Kita lihat dari sudut kebersihan memang tiada masalah malah kemudahan infrastruktur juga lengkap disediakan seperti kemudahan sewaan kerusi dan meja yang menawarkan harga yang berpatutan.

“Kebiasannya menjelang lewat petang kawasan ini akan penuh lebih lebih lagi hari ini satu negara menyambut cuti umum sempena Hari Buruh,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5140
Kongsi :
Previous post Jempol, Padang Terap catat cuaca panas tahap berjaga-jaga – MetMalaysia
Next post Uniknya Aidilfitri Hang Tuah Jaya
Ubah saiz-+=