
Warga emas maut motosikal terbabas masuk longkang
AYER KEROH 3 Mei – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam longkang di Jalan Bukit Saga, Bukit Beruang, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, Yap Pong Pak, 60, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan pada ham 12.55 tengah malam, berhubung kemalangan itu.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu 4 1/2 Bukit Beruang dari Taman Bukit Melaka.
“Semasa melalui Jalan Bukit Saga, mangsa telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam longkang di bahu kiri jalan.
“Akibat kemalangan itu mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka,” katanya.
Beliau berkata, POL 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian dan waris mangsa masih dikesan.
Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memandangkan tiada kamera litar tertutup dan saksi bebas tampil membantu siasatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SEMBILAN BERADIK YATIM PIATU, MAIM PASTIKAN KEBAJIKAN TERJAMIN
JASIN 27 Ogos - Nasib sembilan beradik yatim piatu mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang tampil memastikan kebajikan...
KETUA FOTO, WARTAWAN MHI TERIMA PINGAT JASA KEBAKTIAN
SERI NEGERI 26 Ogos - Ketua Unit Fotografi Melaka Hari Ini (MHI) Sdn Bhd, Iqmal Haqim Rosman dan wartawan MHI...
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG AMBULANS
JASIN 26 Ogos - Seorang pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah ambulans swasta di...
PPSPM SEDIA 33 BOT, SASAR 10,000 PENGUNJUNG 31 OGOS INI
SERI NEGERI 26 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyediakan 33 buah bot bagi menampung sasaran 10,000...
AYDA JEBAT SEDIA JADI ‘DUTA’ PROMOSI MELAKA MELALUI KARYA SENI
SERI NEGERI 26 Ogos - Pengiktirafan yang diterima daripada Kerajaan Negeri Melaka terus menyuntik semangat kepada penyanyi dan pelakon popular,...
SUKMA: 21 PINGAT EMAS BUKTI ATLET MELAKA SEMAKIN ‘MENYALA’
SERI NEGERI 26 Ogos - Kejayaan kontinjen Melaka meraih 21 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 membuktikan prestasi...
