
Warga emas maut motosikal terbabas masuk longkang
AYER KEROH 3 Mei – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam longkang di Jalan Bukit Saga, Bukit Beruang, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, Yap Pong Pak, 60, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan pada ham 12.55 tengah malam, berhubung kemalangan itu.
Katanya, siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu 4 1/2 Bukit Beruang dari Taman Bukit Melaka.
“Semasa melalui Jalan Bukit Saga, mangsa telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam longkang di bahu kiri jalan.
“Akibat kemalangan itu mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka,” katanya.
Beliau berkata, POL 61 telah dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian dan waris mangsa masih dikesan.
Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memandangkan tiada kamera litar tertutup dan saksi bebas tampil membantu siasatan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUKAN MELAKA EDISI KETIGA 2025, PERTANDINGKAN TUJUH ACARA
AYER KEROH 11 Julai - Kejohanan Sukan Melaka Edisi Ketiga dijadualkan berlangsung dari 26 Julai hingga 28 September, dijangka melibatkan...
KERJASAMA ERAT KERAJAAN NEGERI, MOTAC LANCARKAN PERSIAPAN WTD, WTC 2025
BANDA HILIR 10 Julai - Persiapan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) dijadualkan berlangsung pada...
GERAKAN BELIA 4B MALAYSIA DESAK TANGGUH PELAKSANAAN HAD UMUR BELIA MULAI 1 JANUARI 2026
AYER KEROH 10 Julai - Gerakan Belia 4B Malaysia mendesak pelaksanaan had umur belia kepada 30 tahun di bawah Akta...
SOKONG HAD UMUR BELIA 30 TAHUN, TAPI MOHON PERTIMBANGKAN PANDANGAN RAMAI
AYER KEROH 10 Julai - Melaka menyokong penurunan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun, kata Exco Belia, Sukan...
MAIM JEMPUT MUALAF JEJAK TANAH SUCI
AYER KEROH 10 Julai - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membuka peluang kepada mualaf Negeri Melaka untuk...
MELAKA LANCAR PELAN TINDAKAN KOMUNITI, PERKUKUH DAYA TAHAN IKLIM
BANDARAYA MELAKA 10 Julai - Sebagai langkah memperkukuh daya tahan iklim peringkat akar umbi, dua Pelan Tindakan Komuniti (PTK) dilancarkan...