
Pengusaha Ayam Percik Hutan Percha meninggal dunia
MACHAP JAYA 21 Mei – Pemilik warung Ayam Percik Hutan Percha, Hassan Saad meninggal dunia, pagi tadi dipercayai akibat masalah jantung.
Hassan, 65, dimaklumkan tiba-tiba pengsan ketika berada di sebuah klinik swasta di Tampin, ketika pergi untuk mendapatkan rawatan selepas dikatakan tidak sihat.
Difahamkan, Allahyarham yang tidak sedarkan diri kemudian dirujuk ke Hospital Tampin, bagi pemeriksaan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Jenazah, dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Hutan Percha, selepas solat Maghrib.
Arwah yang mengusahakan perniagaan ayam percik sejak 15 tahun lalu, cukup terkenal dalam kalangan peminat juadah itu malah mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sering singgah ke premisnya bagi menikmati hidangan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BALAI ISLAM MAIM PERKUKUH PERANAN SEBAGAI PUSAT IMARAH, BINA MASYARAKAT
ALOR GAJAH 1 Oktober - Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi besar untuk terus diperkasakan sebagai pusat...
ADUAN PENGGUNA: KPDN MELAKA SIASAT DALAM 24 JAM
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka menyasarkan setiap aduan pengguna yang...
BELI RUMAH I-MOLEK, MENANG BESAR
AYER MOLEK 1 Oktober - Impian memiliki kediaman strategik bertukar menjadi rezeki besar buat pembeli i-Molek Rumah Bandar (Town House)...
KPDN PERKUKUH EKOSISTEM PERNIAGAAN PATUH DI MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memperkukuh agenda pematuhan peniaga dan...
MELAKA MEMBINA MASA DEPAN MARITIM LEBIH HEBAT
KUALA LINGGI 1 Oktober - Komitmen untuk memperkukuhkan lagi perkembangan industri maritim di Melaka diterjemahkan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) yang...
‘BLACK PANTHER’ COMEL PENYERI BAHARU ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 Oktober - Zoo Melaka terus mencatat perkembangan positif dalam usaha pemuliharaan hidupan liar apabila seekor anak harimau...

