
Pengusaha Ayam Percik Hutan Percha meninggal dunia
MACHAP JAYA 21 Mei – Pemilik warung Ayam Percik Hutan Percha, Hassan Saad meninggal dunia, pagi tadi dipercayai akibat masalah jantung.
Hassan, 65, dimaklumkan tiba-tiba pengsan ketika berada di sebuah klinik swasta di Tampin, ketika pergi untuk mendapatkan rawatan selepas dikatakan tidak sihat.
Difahamkan, Allahyarham yang tidak sedarkan diri kemudian dirujuk ke Hospital Tampin, bagi pemeriksaan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Jenazah, dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Hutan Percha, selepas solat Maghrib.
Arwah yang mengusahakan perniagaan ayam percik sejak 15 tahun lalu, cukup terkenal dalam kalangan peminat juadah itu malah mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sering singgah ke premisnya bagi menikmati hidangan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
ENAM KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN TEMPAT KERJA DI MELAKA SETAKAT JUN
MELAKA, 8 Julai - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka merekodkan enam kematian membabitkan empat kes akibat kemalangan di...
HARI BERTEMU PELANGGAN, KOMITMEN MBMB SANTUNI MASYARAKAT
AYER KEROH 8 Julai - Penganjuran Hari Bertemu Pelanggan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memudahkan warga bandaraya untuk menyuarakan permasalahan...
US TRADE MOVE SPARKS ASEAN ECONOMIC RESPONSE
BANDARAYA MELAKA, July 8 – The recent imposition of US trade tariffs has sparked economic shifts across Southeast Asia, placing...
PERKHIDMATAN KELAS PERTAMA MBMB BUAT WARGA BANDARAYA
AYER KEROH 8 Julai - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terus komited dalam memberikan perkhidmatan kelas pertama kepada seluruh warga...
LTAM KEMBALI RANCAK, CATAT LEBIH 23,000 PENUMPANG
AYER KEROH 8 Julai - Seramai 23,663 penumpang direkodkan tiba dan berlepas dari Lapangan Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam, menerusi...
PROGRAM IJAZAH PENERBANGAN PERTAMA MALAYSIA DILANCAR DI MELAKA
AYER KEROH 8 Julai - Melaka menjadi negeri pertama di Malaysia menawarkan Program Sarjana Muda Penerbangan 'Two U One I'...