
Kerajaan Negeri Melaka sumbang lembu korban untuk setiap DUN
BUKIT PALAH 23 Jun – Kerajaan Negeri Melaka akan menyumbangkan seekor lembu untuk setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sempena Hari Raya Korban.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kesemua lembu itu akan diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) beragama Islam dan bagi Adun bukan Islam, sumbangan lembu korban itu akan diserahkan kepada penyelaras.
“Pemberian ini adalah sumbangan Kerajaan Negeri kepada kesemua 28 DUN untuk melaksanakan ibadah korban.
“Selain DUN, sumbangan daging korban juga akan diberikan kepada pasukan beruniform seperti polis, bomba dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Minggu Dakwah (MINDA), Melestarikan Dakwah Insani, Membangun Ummah Madani di Auditorium Masjid Al Azim, di sini, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Wira Md Rawi Mahmud.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS KESAN EMPAT LELAKI DISYAKI CURI KABEL DI MRR2
KUALA LUMPUR 6 Jun - Polis sedang mengesan empat lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di tepi Jalan Lingkaran...
PROGRAM BANDAR SELAMAT 2.0: MPHTJ TERIMA SUNTIKAN RM500,000
AYER KEROH 6 Jun - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menerima peruntukan berjumlah RM500,000 bagi melaksanakan pelbagai inisiatif di...
ZAHARI TINJAU KOLAM TADAHAN, CARI PENYELESAIAN ISU BANJIR
DURIAN TUNGGAL 6 Jun - Kebimbangan penduduk Taman Belimbing Setia dan Vista Belimbing berhubung isu aliran air serta risiko banjir...
20 RESTORAN SERTAI PROGRAM SAJIAN SIHAT KKM
BANDARAYA MELAKA 6 Jun - Sebanyak 20 restoran seluruh negara menyertai 'Healthy Dining Programme' (HDP) yang diperkenalkan Kementerian Kesihatan Malaysia...
TIADA PENUTUPAN, KKM AKTIFKAN PENGURUSAN KRISIS DI HOSPITAL SEGAMAT
BANDARAYA MELAKA 5 Jun - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi jaminan tiada penutupan fasiliti Hospital Segamat meskipun hospital tersebut berdepan...
WABAK MALARIA: KKM PERTINGKAT SARINGAN WARGA ASING SUSULAN 17 KES DI TERENGGANU
BANDARAYA MELAKA 5 Jun - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertingkatkan langkah kawalan termasuk melaksanakan saringan malaria secara bersasar terhadap warga...
