
Penyatuan seni silat di Perkampungan Hang Tuah
DUYONG 4 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem bercadang untuk menjadikan Perkampungan Hang Tuah bagi menyatukan seni mempertahankan diri silat di kawasan terbabit.
Beliau berkata penyatuan kesemua persatuan silat dalam DUNnya itu dilaksanakan apabila penyelenggaraan di kawasan itu siap.
Katanya, kira-kira lima persatuan seni silat yang aktif bergerak dalam DUN tersebut.
“Hari ini saya baharu sahaja meluluskan permohonan Persatuan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Negeri Melaka yang mahu menggunakan Dewan Japerun Duyong sebagai pusat latihan dan saya benarkan mereka guna secara percuma.
“Di Duyong sahaja, terdapat beberapa lagi persatuan silat yang aktif dan menjalankan latihan seperti di Gelanggang Taman Seri Duyong Seksyen 2, Gelanggang Desa Duyong dan Gelanggang Solok Bukit, Bukit Baru.
“Saya bercadang apabila Perkampungan Hang Tuah sudah siap nanti, di dalamnya ada gelanggang silat, jadi kita akan adakan penyatuan persatuan-persatuan ini mengikut kesesuaian,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Mohd Noor Helmy berkata, beliau berharap sukan silat itu akan terus aktif dan dapat memberi ilmu mempertahankan diri dan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat khususnya DUN Duyong.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
WRUR AYER LIMAU: SISA DAPUR JADI BAJA, SURI RUMAH JIMAT BELANJA
AYER LIMAU 10 September - Jangan terus anggap sisa makanan dari dapur sebagai sampah kerana bahan berkenaan sebenarnya boleh ditukar...
‘TERIMA KASIH TOK HAMEED SENTIASA BANTU RAKYAT’
AYER LIMAU 10 September - Hanya rasa syukur dapat dipanjangkan golongan kurang bernasib baik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
WRUR AYER LIMAU: 3 SEKOLAH, 3 CARA BENTUK GENERASI MASA DEPAN
AYER LIMAU 10 September - Tiga sekolah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menerima pendekatan pendidikan dan advokasi berbeza...
ANAK JATI MELAKA BAWA SUKAN TAEKWANDO BERSINAR DI BATAM
AYER KEROH 10 September - Dari Bukit Baru ke pentas antarabangsa, anak jati Melaka, Faiz Safry membuktikan sentuhan jurulatih tempatan...
WRUR AYER LIMAU: RUMAH DAIF PESAKIT ANGIN AHMAR DAPAT PERHATIAN MPAG
AYER LIMAU 10 September - Keadaan rumah seorang pesakit angin ahmar yang uzur mendapat perhatian Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)...
