
COVID-19: Tiga buah sekolah agama ditutup
JOHOR BAHRU 30 Okt. – Tiga buah sekolah agama di daerah ini ditutup mulai semalam dan hari ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan terdapat kes jangkitan COVID-19 dilaporkan di kawasan berdekatan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Tosrin Jarvanthi berkata, Sekolah Agama Taman Universiti 1 ditutup semalam hingga 4 Nov manakala Sekolah Agama Bandar dan Sekolah Agama FRU ditutup mulai hari ini hingga 7 Nov.
“Penutupan Sekolah Agama Bandar, di sini, melibatkan 17 orang guru, lima orang kakitangan sokongan dan 1,387 murid darjah satu hingga enam serta darjah khas.
“Manakala penutupan Sekolah Agama FRU yang terletak di Kuarters Polis Depoh, di sini, melibatkan empat guru dan 189 orang murid darjah satu hingga enam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagi Sekolah Agama Taman Universiti 1 pula Tosrin berkata ia membabitkan 1,176 murid darjah satu hingga enam serta darjah khas, 21 orang guru dan empat kakitangan.
Menurut beliau, ketiga-tiga sekolah agama itu ditutup susulan terdapat kes positif COVID-19 melibatkan murid dari sekolah kebangsaan berdekatan.
Dalam satu kenyataan berasingan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan hari ini berkata Daerah Johor Bahru telah dilaporkan sebagai kawasan zon merah sejak semalam.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA ANJUR 1,150 JUALAN RAHMAH, HAMPIR 1 JUTA PENGUNJUNG DAPAT MANFAAT
AYER KEROH 19 Disember - Sebanyak 1,150 Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) telah dianjurkan di seluruh Negeri Melaka setakat Januari...
‘HADIAH’ RM600 TANDA KOMITMEN HARGAI JASA PESARA
BANDA HILIR 19 Disember - Hubungan baik bersama pesara tidak terhenti usai tamatnya perkhidmatan sebaliknya Kerajaan Negeri terus komited memastikan...
WRUR BUKIT KATIL: KUNJUNGAN KETUA MENTERI SENTUH HATI TOKOH VETERAN
BUKIT KATIL 20 Disember - "Kunjungan ini amat bermakna untuk ayah terutamanya, walaupun sudah tidak lagi berkhidmat namun baktinya masih...
WRUR BUKIT KATIL: AB RAUF LUANG MASA SANTUNI WARGA EMAS
BUKIT KATIL 19 Disember - Bunyi deruman enjin konvoi motosikal diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, memecah...
WRUR BUKIT KATIL: BEKAS KOMANDO ATM DICADANG ISI KEKOSONGAN AKPS
BUKIT KATIL 19 Disember - Kementerian Pertahanan akan menyelaras proses temuduga melibatkan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi mengisi kekosongan...
WRUR BUKIT KATIL: BANGUNAN TAMBAHAN PPKI DEMI KESELESAAN ANAK BERKEPERLUAN KHAS – KM
BUKIT KATIL 19 Disember - Pembinaan bangunan tambahan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Katil...

