
Pekerja swasta rugi RM1.2 juta diperdaya tawaran kerja tidak wujud
KUCHING, 26 Julai — Seorang pekerja swasta kerugian RM1.2 juta selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang tidak wujud.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata polis menerima laporan kejadian daripada mangsa iaitu seorang lelaki berusia 30-an yang mendakwa telah ditawarkan kerja sambilan secara dalam talian oleh seorang wanita menerusi satu aplikasi pada 14 Mei lepas.
Beliau berkata mangsa telah dimaklumkan akan mendapat pulangan dan komisen jika barangan yang dijual menerusi satu laman web berjaya dijual.
“Mangsa telah membuat 27 transaksi pembayaran ke tujuh akaun bank berbeza antara 15 Mei hingga 13 Julai yang melibatkan kerugian sebanyak RM1.2 juta.
“Sehingga kini, mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM20,000 sahaja. Mangsa menyedari ditipu apabila tidak lagi mendapat wang pulangan komisen yang dijanjikan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azman sehubungan itu menasihatkan masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan sesuatu tawaran kerja melalui media sosial yang menawarkan gaji lumayan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERGADUHAN DI BEMBAN: DUA LELAKI PARAH, DUA LAGI DITAHAN
BEMBAN 23 Jun – Dua lelaki parah selepas dipercayai dipukul dalam satu kejadian pergaduhan melibatkan beberapa individu lelaki di tepi...
SISTEM E-TANAH 2.0: ERA BAHARU URUSAN TANAH MELAKA
AYER KEROH 23 Jun - Pentadbiran tanah Negeri Melaka bakal memasuki era baharu apabila Sistem e-Tanah 2.0 dijadual dilaksanakan sepenuhnya...
SUKAN SAWAH KEMBALIKAN NOSTALGIA DI KAMPUNG BUKIT PIATU
BUKIT KATIL 23 Jun - Gelak tawa peserta yang bergelumang lumpur, sorakan penyokong di tepi bendang dan semangat kesukanan tanpa...
WRUR: 161 PROJEK PEMBANGUNAN BERNILAI RM6.5 JUTA SEJAHTERAKAN WARGA RIM
RIM 23 Jun - Sebanyak 161 projek pembangunan termasuk naik taraf bernilai lebih RM6.5 juta telah dilaksanakan di kawasan Dewan...
WRUR RIM: MPJ TEBANG POKOK BERISIKO DEMI KESELAMATAN
RIM 23 Jun - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melaksanakan operasi kerja-kerja cantas dan tebang pokok serta semak samun yang dipercayai...
TERIMA DUA PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA, BUKTI MELAKA RIVER CRUISE SEMAKIN DIKENALI DUNIA
AYER KEROH 23 Jun - Produk pelancongan ikonik negeri, Melaka River Cruise mengukuhkan reputasi di pentas antarabangsa apabila meraih dua...
