
Tiga cedera terkena tembakan dalam bank
JASIN 5 September – Tiga individu termasuk pengawal keselamatan sebuah bank di Bandar Jasin, tercedera selepas terkena tembakan dalam kejadian tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 12.55 tengah hari daripada orang awam mengatakan terdapat kejadian terlepas tembakan.
“Hasil siasatan awal dilakukan mendapati kejadian berlaku apabila seorang lelaki berusia 59 tahun yang juga polis bantuan terlepas tembakan di dalam premis itu.
“Susulan daripada itu pengawal keselamatan bank berkenaan dan dua pelanggan berusia antara 25 hingga 46 tahun tercedera akibat terkena serpihan mozek.
“Mangsa mengalami kecederaan ringan luka kecil di bahagian paha dan betis kiri,” katanya.
Menurutnya, polis bantuan yang bekerja di sebuah syarikat swasta itu kini ditahan selain senjatanya iaitu selaras senapang turut dirampas.
“Kejadian dikatakan berlaku apabila suspek ke bank terbabit atas urusan gaji pekerja sebelum terlepas tembakan.
“Suspek kini ditahan untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan untuk tindakan lanjut selain kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
HARGA RUMAH MELAKA KEKAL TERENDAH DI MALAYSIA
AYER KEROH 14 Mei - Harga kediaman bagi pasaran Melaka kekal terendah di Malaysia berdasarkan data dikeluarkan Pusat Maklumat Harta...
HAJI HASSIM ‘BAPA PERPADUAN’ MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 14 Mei - Peranannya menyatukan masyarakat berbilang kaum menjadikan Hassim Dollah antara figura penting dalam memperkukuh keharmonian khususnya...
MURAL HARMONI IDENTITI BAHARU TAMAN SERI DUYONG
DUYONG 14 Mei - Mural bertemakan keharmonian masyarakat akan menambahkan lagi keceriaan dan menjadi simbol identiti baharu komuniti setempat di...
JURURAWAT NADI SISTEM KESIHATAN NEGARA
LENDU 14 Mei - Jururawat atau 'kakak misi' menjadi tulang belakang dan nadi yang menggerakkan sistem kesihatan negara termasuk di...
HOSPITAL BAHARU MELAKA AGENDA PENTING DEMI RAKYAT
LENDU 14 Mei - Perancangan untuk mendapatkan hospital baharu di Melaka akan terus diperjuangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
