
Peserta RXZ Members 5.0 maut kemalangan di LPT2
Muhammad Luqman Misnan, 30, yang berasal dari Telok Panglima Garang, Selangor meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan untuk menghadiri program di Gong Badak, Kuala Nerus itu telah hilang kawalan lalu merempuh dua penunggang motosikal RXZ lain yang berhenti di bahu jalan.
Beliau berkata akibat pelanggaran itu, mangsa terseret sejauh 37.4 meter dari lokasi kejadian dan meninggal dunia sebelum dapat diselamatkan.
“Dua penunggang RXZ yang dilanggar mangsa berasal dari Felda Kemasul, Pahang dan Kuala Pilah Negeri Sembilan.
“Penunggang RXZ dari Pahang patah tangan kiri dan kaki kanan manakala seorang lagi, patah tangan kiri. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Hanyan berkata mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MERLIMAU PADA 4 APRIL
MERLIMAU 18 Mac - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan diteruskan seperti biasa pada tahun ini...
SETEM BERUSIA SATU ABAD JADI TARIKAN DI MUZIUM SEJARAH DAN ETNOGRAFI
BANDA HILIR 18 Mac - Lebih 500 setem pelbagai jenis termasuk koleksi berusia lebih satu abad dipamerkan pada Pameran Setem...
AIDILFITRI: MELAKA KENAL PASTI 10 LOKASI PANAS KEMALANGAN
TABOH NANING 18 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka mengenal pasti sebanyak 10 lokasi 'hotspot' risiko kemalangan tinggi...
TOK RAOP, DATUK REMY ISHAK SANTUNI ORANG TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 18 Mac - Masa terluang sementara menunggu waktu berbuka dimanfaatkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
SKM MELAKA SALUR ZAKAT WAKALAH RM20,000 KEPADA 10 MASJID
AYER KEROH 17 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka menyalurkan sumbangan zakat wakalah berjumlah RM20,000 kepada 10 buah...
MAIM SERAH 100 KIT MESRA IBADAH KEPADA 3 HOSPITAL
PENGKALAN BATU 17 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyumbangkan 100 kit mesra ibadah kepada tiga buah hospital di...
