
Kelindan lori pukul, samun bekas kekasih diberkas
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di Taman Cempaka, Ampang pada 9.45 malam tadi selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 21 tahun.
Beliau berkata susulan penahanan itu, polis turut merampas satu telefon bimbit daripada lelaki itu dipercayai milik mangsa.
“Suspek yang positif terhadap Methamphetamine dan Amphetamine direman hingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. Semakan mendapati dia mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Azam berkata dalam kejadian itu, mangsa mendakwa suspek datang ke tempat kerjanya di sebuah farmasi di Ampang, sebelum diminta mengikut suspek yang mahu menghantarnya pulang ke rumah.
“Mangsa cuba melarikan diri dan suspek telah mengejar lalu memukulnya. Suspek turut merampas telefon bimbit milik mangsa dan akibat kejadian itu, mangsa mengalami sakit di bahagian mulut dan kaki serta dirawat di Hospital Ampang,” katanya.
Beliau berkata motif kejadian adalah kerana suspek tidak berpuas hati bekas teman wanitanya itu mempunyai teman lelaki baharu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SUMBANG KIT MAKANAN BANTU ASNAF PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 21 Julai - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus menzahirkan keprihatinan kepada golongan asnaf dan golongan kurang bernasib...
MITC HOTEL MERIAHKAN AKSI FINAL PIALA DUNIA, TAWAR PENGALAMAN EKSKLUSIF
AYER KEROH 21 Julai - MITC Hotel Melaka mencipta suasana istimewa apabila menganjurkan program Siaran Langsung Perlawanan Akhir Piala Dunia...
DARI LESONG BATU KE PENTAS NASYID NEGARA, SOFWATUL ITTIHAD HARUMKAN NAMA MELAKA
MACHAP JAYA 21 Julai - Penantian selama tiga tahun akhirnya berbaloi apabila kumpulan nasyid Sofwatul Ittihad dari Sekolah Kebangsaan (SK)...
BLOK BAHARU MMC SIAP 2028, BUKA PELUANG PEKERJAAN BAHARU
BANDA HILIR 21 Julai - Pembinaan blok hospital baharu setinggi 10 tingkat Mahkota Medical Centre (MMC) dijangka siap pada 2028,...
PELANCONGAN KESIHATAN MELAKA TERIMA 339,398 PENGUNJUNG SETAKAT JUN
BANDA HILIR 21 Julai - Seramai 339,398 pengunjung luar direkodkan menerusi sektor pelancongan kesihatan di negeri ini bagi tempoh Januari...
KEJATUHAN RUPIAH TIDAK JEJASKAN KEMASUKAN PELANCONG INDONESIA KE MELAKA
BANDA HILIR 21 Julai - Kemerosotan nilai Rupiah Indonesia tidak menjejaskan kemasukan pelancong kesihatan dari negara itu ke Melaka. Ketua...
