
Hidupkan semula Minggu Sukan Melaka
BANDA HILIR 19 Oktober – Kesungguhan Kerajaan Negeri untuk menggalakkan orang ramai membudayakan amalan gaya hidup sihat diterjemahkan menerusi penganjuran semula Minggu Sukan Melaka bermula Januari 2024.
Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, inisiatif menghidupkan semula penganjuran Minggu Sukan Melaka itu akan melibatkan semua Japerun seluruh Melaka.
“Sebelum ini Minggu Sukan Melaka pernah dianjurkan, namun sudah lama terhenti dan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) kita ambil keputusan untuk hidupkan semula program tersebut.
“Menerusi penganjuran Minggu Sukan Melaka kita akan selitkan sekali acara kebudayaan dan sukan elektronik dengan penglibatan NGO serta persatuan-persatuan sukan negeri,” katanya pada sidang media Bazar Deepavali 2023 di sebuah restoran, di sini, semalam.
Shanmugam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek berkata, pihaknya turut merancang untuk menganjurkan maraton antarabangsa bersempena ulang tahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
“Maraton antarabangsa ini antara acara sukan berskala besar pada TMM2024 nanti, penyertaan kita akan buka kepada atlet tempatan dan antarabangsa,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ANAK-ANAK AUTISME ‘CABAR DIRI’ NAIK PERKHIDMATAN AWAM
AYER KEROH 19 Ogos - Seramai 13 kanak-kanak autisme diberi pendedahan berhubung cara menggunakan perkhidmatan awam Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)...
PEMBINAAN JAMBATAN STULANG DAENG-PULAU GADONG BERMULA SEPTEMBER
KLEBANG 19 Ogos - Kerja pembinaan Jambatan Stulang Daeng-Pulau Gadong dijangka dimulakan awal September depan, dengan proses awal pengalihan utiliti dan...
AMBANG MERDEKA SEMARAKKAN WRUR TABOH NANING
AYER KEROH 19 Ogos - Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini bakal menjadi antara pengisian menarik memeriahkan pelaksanaan Program...
KIBARAN JALUR GEMILANG MERIAHKAN BOLING KRT ALOR GAJAH
AYER KEROH 19 Ogos - Gelanggang boling bukan sekadar menjadi medan persaingan sihat, malah dimanfaatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Alor...
NURUL SYASYA HADIAHKAN EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 18 Ogos - Atlet angkat berat Melaka, Nurul Syasya Khairina Syamsur menebus kekecewaan pada edisi terdahulu apabila berjaya...
PPSPM SASAR PERTANDINGAN RC POWER BOAT 2027 LEBIH MERIAH
AYER KEROH 18 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang untuk menganjurkan pertandingan Remote Control (RC) Power...
