
Ab Rauf kekal Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka – sumber
AYER KEROH 19 Mei – Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijangka kekal sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, menurut sumber dalaman parti itu.
Memetik laporan portal mytv.online, kedudukan Ab Rauf tidak terjejas dan tiada sebab untuk ditukarkan mestipun berlaku sedikit ketegangan dan dakwaan gerakan untuk menyingkirkannya.
Portal itu juga memetik, isu yang berlaku di Melaka dikategorikan sebagai terpencil dan mampu diselesaikan di antara Ab Rauf dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Ia termasuklah mengenai isu pertukaran Ketua Menteri Melaka yang didakwa akan dilakukan mengikut satu tempoh yang dipersetujui seperti yang didakwa di dalam sebuah forum baru-baru ini.
“Bagaimanapun, dalam forum berkenaan, individu yang membuat dakwaan tersebut tidak dapat mengemukakan bukti kukuh dakwaannya.
“Mungkin ada Ketua Bahagian UMNO Melaka yang masih dibelenggu pemikiran ‘kuno’ yang tidak mampu membezakan antara pentadbiran negeri dan politik,” kata laporan portal berkenaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SORAKAN TAK RUNTUHKAN BUKIT, JENTERA BN JANGAN LEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak leka dengan sorakan dan semangat...
RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEKERJA, BUKAN SEKADAR TABUR JANJI
AYER KEROH 21 Oktober - Rakyat hari ini semakin matang menilai kepimpinan dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji manis,...
ORANG BERI AMBIL, UNDI SIAPA ITU HAK RAKYAT
AYER KEROH 20 Oktober - Rakyat bebas menerima sumbangan daripada mana-mana pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, namun...
‘SAYA MAHU JADI PULAU, WALAU DIPUKUL BADAI TIDAK HANYUT KE PANTAI’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan pendiriannya untuk terus...
TARIKH UMUM CALON BN MELAKA DITETAPKAN SEMULA
AYER KEROH 20 Oktober - Tarikh sebenar pengumuman calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
‘NAK JADI WAKIL RAKYAT, JANGAN TIBA-TIBA TURUN DARI LANGIT’
AYER KEROH 20 Oktober - Sesiapa sahaja yang mahu menjadi wakil rakyat tidak boleh hanya muncul ketika pilihan raya untuk...
