
Abang Viva kini ‘VIP’ Stadium Hang Jebat
PAYA RUMPUT 18 Mei – Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ dek sikap terpujinya membantu mangsa-mangsa banjir sebelum ini mendapat penghargaan Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC).
Dalam aksi Piala FA di antara Melaka United dan PJ City FC di Stadium Hang Jebat 14 Mei lalu, Abang Viva dijemput menyaksikan perlawanan itu secara langsung.
Lebih manis, MUFC menerusi Pengarahnya Muhammad Hiqmar Danial Hidzir turut menyumbang Pas Bermusim Melaka United FC 2022 VIP bernilai RM1,500 serta barangan eksklusif kelab kepada Azwan.
“Jemputan beliau sebagai tanda penghargaan di atas kerja-kerja kesukarelawanan dalam membantu mereka yang memerlukan khususnya ketika bencana banjir melanda negara tahun lalu.
“Melaka United FC turut menyumbang Pas Bermusim Melaka United FC 2022 VIP bernilai RM1,500 serta barangan eksklusif kelab buat Azwan.
“Ini akan membolehkan beliau menjadi antara penyokong VIP Melaka United pada setiap perlawanan Liga Malaysia Skuad Hang Tuah di venue tuan rumah, Stadium Hang Jebat sepanjang musim ini,” kata MUFC dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SORAKAN TAK RUNTUHKAN BUKIT, JENTERA BN JANGAN LEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak leka dengan sorakan dan semangat...
RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEKERJA, BUKAN SEKADAR TABUR JANJI
AYER KEROH 21 Oktober - Rakyat hari ini semakin matang menilai kepimpinan dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji manis,...
ORANG BERI AMBIL, UNDI SIAPA ITU HAK RAKYAT
AYER KEROH 20 Oktober - Rakyat bebas menerima sumbangan daripada mana-mana pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, namun...
‘SAYA MAHU JADI PULAU, WALAU DIPUKUL BADAI TIDAK HANYUT KE PANTAI’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan pendiriannya untuk terus...
TARIKH UMUM CALON BN MELAKA DITETAPKAN SEMULA
AYER KEROH 20 Oktober - Tarikh sebenar pengumuman calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
‘NAK JADI WAKIL RAKYAT, JANGAN TIBA-TIBA TURUN DARI LANGIT’
AYER KEROH 20 Oktober - Sesiapa sahaja yang mahu menjadi wakil rakyat tidak boleh hanya muncul ketika pilihan raya untuk...

