Acara sukan dan rekreasi warnai TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

BANDA HILIR 10 Disember – Pelbagai acara menarik membabitkan sukan dan rekreasi akan disusun sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) bagi memeriahkan lagi suasana Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata, penganjuran acara sedemikian diyakini mampu menarik kunjungan lebih ramai pelawat dan pelancong khususnya dalam kalangan anak muda.

Shanmugam berkata, usaha itu juga secara tidak langsung membantu merancakkan lagi ekonomi setempat terutama dalam kalangan peniaga kecil dan pemain industri pelancongan.

“Kita harap pemain industri tampil untuk bersama-sama berkongsi idea, pandangan dan merancang jenis penganjuran program untuk merancakkan lagi TMM2024.

“Sukan ini luas, bukan terhadap kepada anak muda, tetapi tidak kira peringkat usia,” katanya kepada Melaka Hari Ini selepas merasmikan Program Pelepasan Night Run Faster 2023 di Pekarangan Menara Taming Sari, di sini malam tadi.

Hadir sama, Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Melaka, Yeow Chin Chai serta tetamu lain.

Terdahulu, kira-kira 500 peserta pelbagai peringkat usia termasuk dari luar Negeri Melaka menyertai acara larian berkenaan yang dianjurkan Melaka Taming Sari Berhad dengan kerjasama MOTAC Melaka.

Larian dibahagian kepada dua kategori iaitu tiga kilometer (km) dan 10km mengelilingi di sekitar Banda Hilir.

Beliau berkata, acara itu sekali gus mampu menjadi antara langkah awal mempromosi TMM2024.

“Ini adalah sebahagian daripada langkah mempromosi TMM2024 yang diambil oleh agensi terlibat sebelum berbaki beberapa minggu bagi memasuki tahun 2024.

“Meskipun hujan peserta tetap meneruskan larian, ini satu petanda bahawa penerimaan dan sambutan diberikan orang ramai terhadap aktiviti berbentuk sukan serta tekreasi amat memberansangkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1178
Kongsi :
Previous post Bantuan MAIM bantu bekas wartawan, mualaf jadi usahawan berjaya
Next post Sanggup pulang ke Melaka setiap minggu pastikan TMM2024 meriah
Ubah saiz-+=