Agih 300 pek daging korban bantu asnaf Melaka

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 21 Julai – Aman Palestin membuktikan dedikasi mereka dalam kerja-kerja kebajikan, bukan sahaja membabitkan bumi Anbiya, bahkan turut cakna terhadap nasib rakyat di negara ini.

Menerusi satu program pada penghujung Zulhijah lalu, Aman Palestin telah mengagihkan sumbangan daging korban sejuk beku kepada 15 masjid di Negeri Melaka.

Menurut Unit Online dan Media Aman Palestin Amirul Syakirin Abdul Rasid, sebanyak 300 pek daging telah diagihkan pada program simbolik yang diadakan di Masjid Al-Alami, baru-baru ini.

Katanya, sumbangan daging korban itu akan diagihkan kepada asnaf dan jawatankuasa masjid yang terpilih.

“Selain ibadah korban di bumi Arab, Aman Palestin turut melaksanakan korban di Malaysia yang telah dijalankan pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

“Sumbangan ini mula diagihkan kepada seluruh cawangan Aman Palestin di Malaysia untuk manfaat rakyat Malaysia yang memerlukan termasuklah di Negeri Melaka,” katanya.

Menurut beliau, menerusi program itu, ia bukan sekadar membantu meringankan beban golongan memerlukan, bahkan pada masa sama memperkenalkan misi utama Aman Palestin kepada masyarakat.

“Semoga dengan program yang dijalankan, lebih banyak sumbangan dapat diberikan dalam kita bersama-sama membantu saudara-saudara di Palestin, Syria dan Yaman,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1014
Kongsi :
Previous post 388 atlet karate Asia berentap di MITC bermula hari ini
Next post Agong tunai solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu
Ubah saiz-+=