Agong, Permaisuri berbuka puasa bersama warga ATM

Masa Membaca:50 Saat

KUALA LUMPUR, 25 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan, di Jalan Padang Tembak, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Berdua disambut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang.

Turut mengiringi, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz; Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain; Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

Majlis berbuka puasa yang diadakan setelah dua tahun tidak dilaksanakan akibat penularan pandemik COVID-19 itu dihadiri kira-kira 800 warga ATM.

Seri Paduka Berdua turut berkenan menunaikan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan Mejar Dr Muhammad Syukri Zahari. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1346
Kongsi :
Previous post YADIM sedia RM50,000 anjur Ihya Ramadan setiap negeri
Next post Garis panduan pengoperasian sekolah 4.0 diumum dalam masa terdekat
Ubah saiz-+=