YADIM sedia RM50,000 anjur Ihya Ramadan setiap negeri

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

BANDARAYA MELAKA 25 April – Setiap negeri memperolehi sejumlah RM50,000 bagi mengerakkan aktiviti sempena program Ihya Ramadan tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Menurut beliau, secara keseluruhannya, jumlah itu sekali gus memberi manfaat kepada 50,000 orang penerima.

“Di bawah program itu, pelbagai pengisian digerakkan antaranya Kempen Jom Ke Masjid dan pelbagai bentuk sumbangan kepada 50,000 orang penerima.

“Daripada jumlah itu, seramai 10,000 keluarga Asnaf mendapat faedah dan pelbagai sumbangan melaluinya,” kata.

Beliau berkata demikian selepas program menyantuni dan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga ibu tunggal, Umi Nur Faizah Fauzan Ali Halimi di pusat membeli belah Aeon Bandaraya Melaka di sini.

Selain itu menurut Tuan Kamarul, pihaknya juga mengerakkan beberapa program kebajikan lain seperti YADIM Peduli yang telah membantu lebih ratusan ribu penerima sewaktu negara dilanda pandemik COVID-19 pada dua tahun lalu.

“Program kita ada pelbagai, bukan setakat bantuan malah ada juga program kempen yang mensasarkan kepada kumpulan penerima tertentu.

“Iaitu bukan setakat golongan Asnaf sahaja tetapi kita gabungkan dengan bantuan serta penerima lain termasuk rumah perlindungan” ujarnya.

Sementara itu, mengenai bantuan lain yang difikirkan sesuai untuk disalurkan kepada keluarga Umi Nur Faizah, kata beliau, pihaknya merancang menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang dimiliki oleh ibu tunggal tersebut.

Selain itu, katanya, YADIM turut menumpukan usaha untuk membantu melengkapkan persiapan pembelajaran yang sempurna buat empat anak wanita itu bagi memastikan mereka mendapat kemudahan pendidikan sewajarnya.

“Kita lihat Umi Nur Faizah mempunyai kemahiran keusahawanan dan dia pernah bekerja di beberapa restoran makanan sebelum ini.

“YADIM sedang dalam perbincangan dengan sebuah syarikat yang sedia menyalurkan bantuan kewangan kepada asnaf yang berkemahiran dalam perniagaan, mungkin kita boleh bantu Umi Nur Faizah dalam soal ini,” kata beliau.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1234
Kongsi :
Previous post Klip video raya Aliff Syukri: MCMC panggil individu terlibat esok – Annuar
Next post Agong, Permaisuri berbuka puasa bersama warga ATM
Ubah saiz-+=