Aku janji Ban Hong fokus masyarakat setempat dan anak muda

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

TANGGA BATU 8 November – Calon Barisan Nasional (BN) akan melancarkan aku janji yang mengutamakan masyarakat setempat termasuk 20,000 anak muda jika diberikan mandat sebagai Ahli Parlimen kawasan Tangga Batu.

Calon BN Tangga Batu Datuk Lim Ban Hong berkata, aku janji itu akan memberikan faedah kepada semua empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Tangga Batu.

Sementara itu menyedari kehendak anak muda, beliau mahu menyediakan lebih banyak kemudahan sukan, peluang pekerjaan dan meningkatkan pencapaian akademik golongan itu.

“Orang muda adalah aset penting dalam membantu pembangunan negara pada masa akan datang, jadi mereka ini juga diberikan perhatian. Agenda utama saya adalah mewujudkan pembangunan seimbang bertujuan memacu kemajuan ekonomi, meningkatkan tahap kelestarian dan kemampanan Parlimen ini.

“Sebagai anak jati Tangga Batu menjadi hasrat saya untuk melihat orang kampung sendiri hidup lebih baik dan dalam keadaan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas mengiringi Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menyantuni pengundi di tapak pasar malam Lereh dan Tokong Hock Seng Keng, di sini, semalam.

Hadir sama, calon BN Alor Gajah Shahril Sufian Hamdan; calon BN Kota Melaka Kon Qi Yao dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor Tuminah Kadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1123
Kongsi :
Previous post Mahu Masjid Tanah lebih bersih – Abdul Hakim
Next post Polis kesan satu kes khianat campak bendera parti
Ubah saiz-+=