Al Ikhlas Gajet peluang kerjaya anak Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KLEBANG 17 Okt. – Pembukaan kedai Al Ikhlas Gajet dijangka merancakkan lagi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah, Luar  Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri Datuk Seri Utama Idris Haron berkata, dalam masa sama, pembukaan kedai jualan aksesori telefon pintar dan elektronik itu akan menggalakkan orang ramai menceburi bidang keusahawanan.

“Ini adalah usaha anak muda dalam bidang keusahawanan, Ketua Menteri Melaka juga sangat menyokong semangat keusahawanan ini.

“Lebih-lebih lagi mereka adalah usahawan yang benar dan bukannya ‘sleeping partner’, malah sentiasa berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Al Ikhlas Gajet di Klebang di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Syarikat Glories Gadget (M) Sdn. Bhd., Muhamad Farouk Hassanain Hashim.

Idris menyarankan supaya lebih banyak unit serta perkhidmatan dibuka Al Ikhlas bagi memberi lebih peluang pekerjaan kepada anak-anak muda hari ini.

“Pemilihan outlet di kawasan ini tidak salah, barang yang disediakan juga selari dengan kehendak dan keperluan masayarakat.

“InsyaAllah ia satu perniagaan yang membawa kebaikan bukan saja kepada masyarakat bahkan Al Ikhlas sendiri.

“Setakat ini baru satu cawangan Al Ikhlas di Melaka, diharap akan ada lagi empat cawangan bagi semua daerah di negeri ini sekali gus menjadi 12 cawangan termasuk tujuh di Johor,” katanya lagi.

Views:

1570
Kongsi :
Previous post Melaka beri tumpuan jadikan Masjid Tanah daerah penuh menjelang 2025
Next post Banjir di Jasin semakin pulih
Ubah saiz-+=