Al-Sultan Abdullah berkenan masyhur Masjid Ar-Razzaaq, Bachang

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

PENGKALAN BATU 5 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memasyhurkan Masjid Ar-Razzaaq di Pasir Puteh, Bachang di sini, hari ini.

Turut mengiringi baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda  Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah,  Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Al-Sultan Abdullah.

Terdahulu Al-Sultan Abdullah, tiba di Masjid Ar-Razzaaq pada jam 6.43 petang dengan memandu sendiri kenderaan rasmi.

Ketibaan pasangan Diraja itu disambut Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Turut menyambut ketibaan baginda Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan isteri, Datin Seri Zuriyah Abd Aziz.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Pada majlis sama pasangan Diraja itu turut menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima membabitkan golongan asnaf sebelum Majlis Santapan Berbuka Puasa bersama jemaah yang hadir.

Hampir 1,000 penduduk kampung berkumpul seawal jam 4.30 petang menunggu detik bersejarah permasyhuran masjid itu oleh Yang di-Pertuan Agong.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1555
Kongsi :
Previous post Lampu ketupat, kelip-kelip indahkan kawasan MPHTJ
Next post Pertahan institusi masjid, jangan jadi gelanggang politik – Agong
Ubah saiz-+=