Alat pengudaraan udara jatuh hempap treler di Terowong Semarak

Masa Membaca:29 Saat

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Sebuah alat pengudaraan udara (air ventilation) di Terowong Semarak berhampiran Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Jalan Sultan Yahya, dekat sini dipercayai terjatuh hari ini.

Kejadian jam 9.29 pagi itu menyebabkan berlaku kerosakan pada sebuah lori membawa kontena.

Maklumat itu diperoleh berdasarkan rakaman gambar daripada kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) CCTV Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang tular.

Maklumat penuh insiden berkenaan bagaimanapun belum diperoleh dan difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan penuh berhubung kejadian berkenaan sebentar lagi.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

634
Kongsi :
Previous post Zaman Khan meninggal dunia
Next post Datanglah vaksin, PPV mega Melaka masih ‘sendu’
Ubah saiz-+=