
Aliran trafik lebuh raya utama lancar setakat tengah hari tadi
KUALA LUMPUR, 29 April – Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara lancar setakat 12.30 tengah hari tadi.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bagaimanapun berlaku sedikit kesesakan di beberapa lokasi susulan kemalangan.
“Trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Pulau Pinang dari Juru menuju ke Perai dan trafik juga perlahan di Johor dari Bukit Gambir menuju ke Pagoh arah selatan akibat kemalangan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Selain itu, situasi di plaza tol di lebuh raya utama menuju keluar dari ibu kota juga lancar.
“Setakat ini tiada kesesakan luar biasa di Plaza Tol Jalan Duta, Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Gombak,” katanya.
Bagaimanapun keadaan dijangka berubah petang nanti berikutan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. – BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
