Amal pemakanan sihat, suplemen tambahan berjuang lawan kanser

Masa Membaca:2 Minit, 5 Saat

MELAKA 17 Ogos – Tiga tahun lalu, dunia Muhammad Norhafiz Osman, 28 bagaikan gelap seketika tatkala disahkan menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor’.

Masakan tidak, anak muda lulusan diploma dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka yang dahulunya sihat walafiat tanpa sebarang masalah kesihatan selain aktif dalam aktiviti sukan disahkan menghidap penyakit itu pada Julai 2020.

Mengimbas kembali mengetahui mengenai penyakit itu, Muhammad Norhafiz berkata dia pada mulanya sering mengalami sakit pinggang dan hanya menyangka ia sakit biasa.

Bagaimanapun, katanya sakit itu lama-kelamaan semakin kerap menyerang sehingga memaksanya mendapatkan rawatan di hospital.

“Ketika mendapatkan rawatan di hospital, doktor mengesahkan saya menghidap kanser tahap 4 serta merebak ke beberapa organ dalaman lain termasuk salur pemakanan, buah pinggang, hati dan paru-paru.

“Lebih mengejutkan, doktor memaklumkan harapan untuk hidup 50-50 dan ketika itu dunia saya seakan gelap seketika.

“Sepanjang berjuang melawan kanser, saya perlu menjalani rawatan kimoterapi malah saya juga tidak boleh makan dan hanya bergantung kepada bekalan susu kerana kanser salur pemakanan sudah rosak sehingga berat badan saya turun mendadak kepada 38 kilogram sahaja,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

WhatsApp Image 2023-08-16 at 11.51.48c
KEADAAAN Muhammad Norhafiz (lima dari kanan) selepas pulih dari penyakit kansernya.

Luah anak bongsu daripada enam beradik ini, ujian yang datang itu tidak melemahkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan sebagai manusia normal sebaliknya dia mula bangkit dan berjuang melawan penyakit itu.

“Saya mula amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat termasuk mengabaikan segala pergaulan dengan orang-orang negatif.

“Saya ambil suplemen yang mengandungi khasiat 17 jenis pekatan pelbagai tumbuhan serta gabungan buah-buahan seperti kulit manggis, bayam, terung dan sebagainya,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Norhafiz berkata, dia sanggup berbelanja RM350 sebulan untuk mengamalkan pengambilan suplemen yang mampu merawat sel Kanser & sel rosak dalam badan selain ia dapat membekalkan tenaga serta meningkatkan imunisasi badan dan mencegah serangan radikal bebas.

“Sudah lebih tiga tahun berlalu, saya juga tidak lagi melakukan rawatan kimoterapi dan keputusan daripada pihak hospital juga positif malah kanser yang merebak ke organ dalaman saya sebelum ini semakin beransur hilang.

“Kepada pesakit kanser di luar sana, saya nasihatkan tidak perlu lari dari rawatan kimoterapi Dan amalkanlah pemakanan sihat dan ambillah makanan tambahan seperti supplement kesihatan untuk mengembalikan kesihatan tubuh badan semula Dan secara tidak langsung ia dapat mengekang penularan sel kanser.

“Bagi sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan terutama pesakit kanser, saya sedia memberi khidmat nasihat percuma dan berkongsi pengalaman saya berjuang melawat penyakit itu,” katanya yang boleh dihubungi di talian 017-6078971 (Hafiz)

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1374
Kongsi :
Previous post Pasar raya terbiar jadi sarang jentik-jentik
Next post Pesawat terhempas: Polis sahkan orang kenamaan antara 10 individu maut
Ubah saiz-+=