
Amaran cuaca hujan amat lebat di beberapa kawasan di Johor dan Pahang
KUALA LUMPUR, 2 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya (merah) di beberapa kawasan di Johor dan Pahang.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan sangat lebat dijangka berterusan hari ini di Johor iaitu di Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala hujan lebat dijangka berterusan di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian sehingga esok.
Hujan lebat juga dijangka berlaku di Pahang sehingga esok iaitu di Kuantan, Pekan dan Rompin.
Amaran cuaca waspada (kuning) dengan hujan lebat pula dikeluarkan bagi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera di Pahang serta Kelantan dan Terengganu, manakala di Tangkak dan Muar, Johor sehingga Isnin.
“Amaran sama dikeluarkan di Sabah melibatkan Pantai Barat (Tuaran, Ranau, dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat hari ini,” kata kenyataan itu di sini, hari ini.- BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
