Anugerah Seri Melaka rai tokoh, ikon anak kelahiran negeri

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 16 Mei – Kerajaan Negeri memperkenalkan Anugerah Seri Melaka (ASM) bagi meraikan tokoh anak Melaka yang menyumbang khidmat bakti di persada antarabangsa mahupun nasional.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, anugerah berkenaan diberikan kepada anak kelahiran Melaka dan mendapat pendidikan awal di negeri ini.

Katanya, individu yang dipilih menerima ASM itu juga telah menjadi ikon dalam kategori masing-masing termasuk dalam sukan atau hiburan.

“Contohnya, kalau kategori Sukan seperti Mirnawan Nawawi yang menjadi ketua pasukan hoki negara, dan sebelum itu beliau bersekolah di negeri ini.

“Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor umpamanya. Mereka-mereka ini mesti menjadi kebanggaan dan menjadi ikon negeri tetapi syaratnya mesti mendapat pendidikan awal daripada sekolah-sekolah di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikia pada sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Malam Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata ikon berkenaan akan dipilih oleh jawatankuasa peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum dinilai oleh sebuah lagi jawatankuasa di peringkat negeri.

“Antara syarat (pemilihan ASM) mesti mendapat pendidikan sekitar 1990-an di negeri ini sebelum penilaian dilakukan oleh tokoh-tokoh yang juga anak kelahiran Melaka yang menganggotai jawatankuasa pemilihan (peringkat negeri).

“Mereka yang mendapat markah tertinggi akan diberi dalam pada anugerah kebesaran negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

985
Kongsi :
Previous post Sanggup pergi rumah ke rumah pujuk anak murid datang sekolah
Next post Bekas juara dunia badminton paralimpik terima Anugerah Guru OKU Berwibawa
Ubah saiz-+=