Anwar tidak kemukakan senarai MP yang menyokongnya – Agong

Masa Membaca:55 Saat

MELAKA 13 Okt. – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sekadar mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau kepada Istana Negara, tanpa mengemukakan sebarang senarai nama mereka untuk mengukuhkan dakwaan itu.

Susulan tindakan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam sesi yang berlangsung selama kira-kira 25 minit itu, Anwar hanya mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa menyokongnya.

“Bagaimanapun beliau tidak mengemukakan senarai anama Ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.

“Sehubngan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya menerusi kenyataan disiarkan Istana Negara di laman Facebook hari ini.

Anwar sepatutnya dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 22 September lalu, tetapi ditangguhkan ekoran kegeringan Baginda yang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara bermula pada 21 September hingga 3 Oktober, 2020.

Views:

865
Kongsi :
Previous post Hotel Melaka gusar tidak terima tempahan baharu dan pembatalan saat akhir
Next post Projek Urban Ocean urus sistem sampah – MBMB
Ubah saiz-+=