Ashraf Muslim tak kekok bawa watak Raja Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

BANDARAYA MELAKA 30 Jun – Menjiwai watak Raja Melaka dalam pementasan teater Hikayat Hang Tuah: ‘Ampun Tuanku, Titah Dijunjung’ bukanlah mudah, namun ia satu pengalaman bermakna buat seorang pelakon yang mahu bersama-sama memartabatkan sejarah zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Pelakon, Ashraf Muslim berkata, membawa watak itu memerlukan kajian terperinci sebelum menjiwainya kerana lebih-lebih lagi dalam tempoh yang singkat.

Katanya, dalam tempoh sebulan ditambah dengan jadual lakonannya yang cukup padat beliau bersyukur pementasan itu berjaya menerima sambutan hebat dalam kalangan penonton.

“Persediaan sebagai pelakon saya perlu betul-betul memahami watak ini selepas dalam tempoh sebulan sebab banyak program dan pementasan yang dihadapi sebelum ini.

“Sebagai pelakon saya perlu memperhalusi perkara ini termasuk bagaimana berdepan dengan ‘blocking’, ‘flooring’ dan menghafal skrip serta pelbagai lagi aspek yang ada dalam pentas.

“Permulaannya agak meresahkan sebab untuk menjiwai watak Raja Melaka ini perlu ada kajian terperinci dan Alhamdulillah saya bersyukur dengan sokongan rakan-rakan artis yang lain bersama-sama ‘membedah’ skrip ini akhirnya berjaya menambat sokongan hebat dalam kalangan pengunjung,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, katanya pementasan berunsurkan sejarah dan kebudayaan seperti itu perlu diperluaskan demi menambat tarikan anak muda terhadap sejarah.

“Seperti hikayat ini ia merupakan satu harta yang dikenali zaman dan ini perlu diperluaskan khususnya kepada generasi muda untuk mengenali sejarah.

“Kerana ia tetap sejarah, fakta itu tidak boleh diubah dan menerusi karya ini ia akan mendekatkan anak muda sebab kita lakonkan kembali watak-wataknya,” katanya.

Pementasan teater arahan Lokman Ghani diadakan selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Jun di Panggung Bangsawan telah dilakonkan pelbagai pelakon tanah air dan artis kebudayaan.

Teater berdurasi selama dua jam itu turut dibintangi Remy Ishak, Zul Huzaimy, Aziz M Osman, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Tamimi Siregar serta ramai lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

258
Kongsi :
Previous post ‘Angkat kembali adat perkahwinan orang Melayu’
Next post Angkat Pelayaran Muhibah Budaya Jalur Rempah sebagai warisan UNESCO 
Ubah saiz-+=