‘Angkat kembali adat perkahwinan orang Melayu’

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

RIM 30 Jun – “Adat perkahwinan orang Melayu Melaka perlu diperluaskan ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan ia tidak hilang ditelan zaman,” kata Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim ini berkata, beliau juga akan memastikan adat berkenaan diterapkan di DUN berkenaan bagi memastikan budaya dan warisan adat itu sentiasa dikekalkan.

“Sudah tentu sesebuah majlis perkahwinan atau pertunangan menjadi lebih menarik jika kita ikut semula adat Melayu ini yang sudah lama atau jarang digunakan.

“Dengan adanya adat begini, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh pengantin sebelum lafaz akad nikah dan sebagainya.

“Bagi saya ia bagus dan perlu diterapkan di semua DUN, sudah tentu DUN Rim juga akan melaksanakan usaha ini,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di sebuah majlis pernikahan di Jalan Bukit Keledong, Batu Gajah di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri berkata, jika adat Melayu diamalkan ia dapat menjadi contoh kepada pengunjung atau tetamu luar yang datang ke Melaka.

“Majlis perkahwinan bukan sekadar meraikan tetapi juga untuk mengekalkan adat, resam budaya dan warisan kita, kalau ada tetamu luar lihat adat ini mereka akan dapat belajar bersama,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

107
Kongsi :
Previous post Lebih banyak program kebajikan dianjur BISTARI
Next post Ashraf Muslim tak kekok bawa watak Raja Melaka
Ubah saiz-+=