Asnaf terima sumbangan Tabung Haji

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER LIMAU – Program Sumbangan Hari Raya Aidilfitri oleh Tabung Haji (TH) bukan sekadar bertujuan meringankan beban asnaf, sebaliknya diharap dapat menanam azam dalam jiwa golongan itu untuk bergelar jemaah haji atau hajah suatu hari nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, menerusi program itu seramai 40 asnaf sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan menerima bantuan berjumlah RM400 sumbangan TH.

Hameed yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, berkata bantuan berkenaan tidak diberikan secara tunai sebaliknya dikreditkan terus ke akaun setiap penerima.

“Pembayaran dijangka selesai sebelum menjelang Aidilfitri nanti. Bagi menerima yang belum ada akaun TH mereka boleh berbuat demikian dan proses pendaftaran ini adalah percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran.

“Jika tiada keperluan mendesak biarlah wang berkenaan kekal dalam akaun. Mungkin dengan simpanan yang tidak seberapa menjadi permulaan untuk kita menunaikan haji,” katanya.

WhatsApp Image 2023-04-06 at 1.12.02 PM
ABDUL Malek (berdiri) membantu kakitangan TH Cawangan Masjid Tanah menjalankan proses membuka akaun penerima.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan gimik penyerahan Sumbangan Hari Raya Aidilfitri oleh Tabung Haji di Japerun Ayer Limau, di sini, hari ini.

Program berkenaan turut dihadiri Pengurus Lembaga Tabung Haji Cawangan Masjid Tanah, Abdul Malek Hassan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1327
Kongsi :
Previous post Pertanian Melaka perlu sejajar perkembangan teknologi – Exco
Next post Kekerapan penerbangan domestik ditambah sempena Aidilfitri
Ubah saiz-+=