
Atlet angkat berat Filipina berlatih di Melaka raih emas Olimpik
TOKYO 26 Julai – Jaguh angkat berat, Hidilyn Diaz melakar sejarah baharu buat Filipina apabila menjadi atlet pertama meraih pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2020.
Kejayaan itu diraihnya menerusi kategori 55 kilogram (kg) wanita di Tokyo International Forum pada temasya Sukan Olimpik 2020, di sini sebentar tadi.
Diaz yang berasal dari Selatan Bandar Zamboanga itu menewaskan pemegang rekod dunia dari China, Liao Qiuyun yang berpuas hati dengan pingat perak.
Diaz, 30, sebelum ini pernah mencetus sensasi di bumi Malaysia dan Melaka apabila berlatih di sebuah garaj kereta milik keluarga di Kesang, Jasin.
Dia mula berlatih di negara ini apabila terkandas di Malaysia sejak Januari tahun lalu, berikutan pandemik COVID-19.
Selain Melaka, dia difahamkan turut berlatih di beberapa tempat berbeza seperti Kompleks Sukan Desa Pandan dan Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
AZMI TERUSKAN TRADISI ‘KEDAI BERGERAK’, SELESA MENJAJA SAYUR GUNA MOTOSIKAL
AYER LIMAU 5 Oktober - Bagi generasi yang membesar sekitar tahun 80-an hingga 90-an, bunyi ikonik hon angin atau loceng...
DUN AYER LIMAU: LEBIH RM1 JUTA NAIK TARAF JALAN, LONGKANG
AYER LIMAU 5 Oktober - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Ekonomi dan...
GLAMPING TASIK CHINCHIN MULA DIBANGUNKAN 2027
AYER KEROH 5 Oktober - Pembangunan kemudahan 'glamping' di Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin dijangka bermula Januari tahun depan selepas...
TANJUNG BIDARA BUKA DIMENSI BAHARU EKONOMI DIGITAL
TANJUNG BIDARA 5 Oktober - Tanjung Bidara bakal mencipta dimensi baharu dalam sektor ekonomi dan teknologi apabila sebuah pusat data...
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...

