Aura Tun Mohd Ali tarik minat peserta keluar berjoging

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

DUYONG 20 Ogos – Lebih 1,000 peserta mengamalkan gaya hidup sihat hari ini dengan menyertai Program Joging Melaka MADANI 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, program itu lebih menarik apabila dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang turut sama berjoging bersama masyarakat.

“Program ini anjuran Persatuan Jogging Negeri Melaka (PJNM) dgn kerjasama Japerun Duyong dan pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong.

“Peserta yang menyertai program perlu berjoging sejauh 3.5 kilometer melalui beberapa kawasan seperti Perkampungan Hang Tuah, Kandang, Taman Seri Duyong dan kembali di sekolah ini.

“Alhamdulillah sambutan sangat positif, kita tidak tawarkan apa-apa hadiah, tetapi kehadiran Tun Mohd Ali menjadi (daya) penarik kepada penyertaan lebih ramai peserta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas menyertai program tersebut bersama Tun Mohd Ali di SK Seri Duyong di sini, hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri itu berkata, pihaknya akan mengadakan pelbagai program lebih besar dan menarik di DUN tersebut selepas ini.

“Bukan program ini sahaja diadakan, malah sepanjang Bulan Kebangsaan ini, sebanyak tujuh program akan diadakan di DUN ini.

“Antaranya sukan bersama kanak-kanak, sukan bersama wanita, sukan bersama pesara beruniform, ceramah perdana kemerdekaan untuk anak muda dan banyak lagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1993
Kongsi :
Previous post Sabri Thai juara Muay Thai Melaka
Next post Anggota bomba maut motosikal dirempuh kereta
Ubah saiz-+=