Awas tawaran watikah atau pingat kebesaran palsu

Masa Membaca:58 Saat

 

LICIK dan tamak. Itu pendapat Mat mengenai pembongkaran sindiket cetak dan jual watikah serta pingat kebesaran palsu kerajaan negeri Melaka baru-baru ini.

Sindiket ini buat ‘untung atas angin’. Mereka jual ‘air liur’ saja dengan menipu orang ramai yang ‘tamak’ nakkan gelaran ‘datuk’ dan sebagainya dan tak kisah berhabis ratusan ribu ringgit.

‘Tok Leman’ sendiri bercakap mengenainya pada sidang media minggu lalu. Bila Tok Leman sendiri bercakap, perkara ini amat penting. Ia berkait soal imej pentadbiran kerajaan negeri yang tercalar dek kegiatan itu.

Kes itu pun sudah dituduh mahkamah, tak perlu Mat hurai panjang. Mat cuma nak kata, kes seumpamanya berlaku juga di tempat lain, sebab apabila ada penawaran, akan ada permintaan.

Dalam hal ini orang ramai kena sedar, tiada jalan singkat untuk dapat pingat atau bintang kebesaran negeri bagi mengelak ditipu.

Setiap pelantikan atau pengurniaan pingat kebesaran negeri perlu ikut lunas undang-undang dan melalui agensi yang sepatutnya.

Pastikan betul-betul tawaran darjah kebesaran itu datang daripada pihak kerajaan negeri. Apapun syabas kepada pihak polis Melaka berjaya siasat dan dakwa pihak terbabit.

Dak Mat: Teringat pingat lumba lari sekolah rendah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

762
Kongsi :
Previous post Siapa bakal naib canselor UNIMEL baharu?
Next post Percepat vaksinasi sebelum buka kedai
Ubah saiz-+=