Sorting by

×

Siapa bakal naib canselor UNIMEL baharu?

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

 

MELAKA terus berkembang maju dalam bidang pendidikan. Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) telah dinaik taraf ke universiti penuh dan kini dikenali dengan nama Universiti Melaka atau singkatannya UNIMEL.

Rektor KUIM sebelum ini telah bersara wajib. Jasa Prof. Datuk Dr. Taib Dora sebagai Rektor dan Naib Canselor tentunya kekal dikenang. Jawatan yang dikosongkan Prof. Taib tentunya menjadi perhatian ramai khususnya warga Melaka.

Seiring dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) 2035, pengganti beliau haruslah seorang yang berwawasan jauh untuk memimpin UNIMEL.

Naib Canselor yang bakal dipilih nanti haruslah seorang yang berketerampilan tinggi. Keupayaan memimpin UNIMEL perlu melangkaui kebolehan ‘biasa-biasa’.

Pengalaman di bidang akademik, pengurusan serta korporat harus seiring. Sudah tiba masanya kita beranjak dari suatu norma biasa bagi mencapai sesuatu yang luar biasa.

Universiti Utara Malaysia (UUM) pernah diterajui pegawai yang terlatih dalam bidang pengurusan di awal penubuhannya.

Universiti Malaya (UM) juga pernah mendapat khidmat naib canselor yang berpengalaman dalam bidang pengurusan dan korporat di awal pengkorporatan UM.

Begitu juga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di awal proses peningkatan dari institut kepada universiti. Ini boleh dilaksanakan di UNIMEL.

Kepimpinan berasaskan akademik, pengurusan serta korporat amat diperlukan bagi membawa UNIMEL setanding IPTA dan IPTS lain.

Namun ianya bidang kuasa kerajaan negeri. Siapa pun yang bakal dilantik, warga Melaka berharap naib canselor baharu mampu mengharumkan nama UNIMEL dan Melaka selepas ini.

Dak Mat : menanti siapakah NC UITM yang baharu.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1403
Kongsi :
Previous post Hargai jasa Soh Chin Ann@Aun
Next post Awas tawaran watikah atau pingat kebesaran palsu
Ubah saiz-+=