Hargai jasa Soh Chin Ann@Aun

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

 

DAK MAT

 

DATUK Soh Chin Ann@Aun adalah antara anak Melaka yang menempa nama di arena sukan antarabangsa.

Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) juga telah mengiktiraf Chin Aun antara pemain hebat di dalam kelasnya.

Beliau diiktiraf sebagai pemain yang mewakili Malaysia di pentas antarabangsa dengan 195 penampilan dalam permainan gred A yang diiktiraf FIFA.

Mengikut FAM pula, Chin Aun atau lebih mesra dengan gelaran ‘taukeh’ mewakili Malaysia sebanyak 252 kali dari tahun 1969 hingga 1984.

Apa pun, ini satu kejayaan bagi anak Melaka di persada antarabangsa! Sesuatu yang patut dibanggakan oleh kita semua.

Chin Aun dilahirkan pada 28 Julai 1950 di Alor Gajah, Melaka. Mengikut rekod Wikipedia, ‘taukeh’ bermain untuk Melaka pada 1969-1970, kemudian tahun 1979 hinggalah tahun 1988.

Sepanjang karier beliau, ‘taukeh’ telah dikurniakan bintang kebesaran dari Pahang dan Selangor yang membawa gelaran Datuk.

Ini bagi mengenang jasa beliau mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Berdasarkan pencapaian terkini Chin Aun, mungkin kerajaan negeri Melaka boleh berbuat sesuatu bagi menghargai jasa beliau.

Kejayaan menempatkan nama di dalam ‘FIFA Century Club’ adalah kejayaan anak Melaka yang luar biasa. Ia setanding kejayaan peringkat Olimpik yang menampilkan jagoan sukan dunia.

Moga kejayaan ini memberi inspirasi kepada pemain bolasepak tempatan agar lebih komited dan berjuang mencipta kegemilangan.

Dak Mat : Masih teringat semangat juang pemain England di Euro 2020.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3017
Kongsi :
Previous post Tempoh lanjutan pembaharuan LMM, LKM tidak disambung selepas 39 September
Next post Siapa bakal naib canselor UNIMEL baharu?
Ubah saiz-+=