Ayer Molek: Naik motosikal, cari masalah rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

Ayer Molek 16 Nov – “Saya mungkin tidak janjikan bulan dan bintang tetapi saya janjikan perkhidmatan. Motto saya ialah beri kerja, saya kerjakan,” itu kata calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman.

Beliau yang juga penyandang Dun itu berkata, beliau lebih gemar bergerak sendirian untuk melihat dan mengenal pasti masalah yang dihadapi penduduk sebelum mengambil langkah penyelesaian.

“Saya suka meninjau kawasan DUN dengan menaiki motosikal di waktu malam hari untuk meninjau permasalahan atau isu di kawasan saya. Kadang-kadang saya bersendirian, orang tidak tahu pun.

“Mana-mana yang saya rasakan ada isu yang bakal mendatangkan masalah atau isu, saya akan ambil langkah menyelesaikannya tanpa menanti aduan daripada penduduk atau mana-mana pihak,” katanya.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri itu berkata, beberapa fokus termasuk masalah banjir dan mengusahakan tanah terbiar akan diberikan perhatian demi kebaikkan penduduk sekiranya beliau masih diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu, ini.

“Saya mahu mengusahakan kawasan tanah terbiar menjadi kawasan pertanian untuk menghasilkan sumber makanan kepada penduduk memerlukan.

“Selain itu juga, pemasalahan banjir kilat yang sering menghantui penduduk juga antara yang akan selesaikan dan menyasarkan masalah ini boleh diselesaikan pada 2023,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

513
Kongsi :
Previous post Melaka Polls: Five banners removed so far – MPHTJ
Next post Merlimau: Dr Akmal mahu wujudkan ‘floating market’
Ubah saiz-+=