
Badi kalah Melaka United berakhir
BADI kekalahan berturut-turut Kelab Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) berakhir selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan KL City FC, malam tadi.
Dalam aksi di Stadium Hang Jebat itu, skuad Hang Tuah yang dibarisi majoriti pemain tempatan dan hanya seorang pemain import berjaya menyerap asakan bertali arus pelawat di sepanjang separuh masa pertama.
Bersambung di babak kedua, anak buah Mohd Asri Ninggal cuba bangkit memberikan saingan kepada KL City FC.
Namun, selepas tamat 90 minit permainan tiada lagi gol terhasil dan keputusan 0-0 kekal selepas pengadil meniupkan wisel penamat.
Satu mata yang diraih itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Melaka di tangga ke-9 Liga Super dengan mengutip 18 mata daripada 18 perlawanan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MALAYSIA PERKUKUH KEDUDUKAN DALAM INDUSTRI TENAGA GLOBAL – PMX
ALOR GAJAH 24 Jun – Malaysia kini memiliki jaminan bekalan gas antara yang terbesar di dunia, sekali gus memperkukuh kedudukan...
ANWAR PUJI PERANAN PENJAWAT AWAM TINGKAT PRESTASI MALAYSIA DALAM RANKING DAYA SAING DUNIA
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kecekapan dan komitmen penjawat awam negara yang menjadi...
ANWAR MINTA JANGAN ‘PANASKAN’ SUASANA, PILIHAN RAYA BIAR ANTARA PARTI
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya tidak 'memanaskan' suasana susulan polemik...
PERDANA MENTERI HARGAI SUMBANGAN PENJAWAT AWAM PACU KEMAJUAN NEGARA
ALOR GAJAH 24 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu sistem kenaikan pangkat dan pengiktirafan dalam perkhidmatan awam...
WRUR RIM: ISU ANJING LIAR ANTARA 40 ADUAN DITERIMA MPJ
RIM 24 Jun - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerima lebih 40 aduan daripada penduduk sempena pelaksanaan Program Wakil Rakyat Untuk...
WRUR RIM: BUKA PERSPEKTIF BAHARU URUS SISA, HASILKAN BAJA ORGANIK
RIM 24 Jun - Peluang menyertai program pembuatan baja organik memberi nilai tambah kepada penduduk apabila didedahkan dengan teknik penghasilan...

