Ban Hong kemuka permohonan baiki gerai belacan dirempuh kereta

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

KLEBANG 2 Februari – Prihatin dengan kejadian yang menimpa peniaga produk pelancongan yang gerainya musnah dirempuh kereta semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang, memohon pembinaan semula premis berkenaan.

Datuk Lim Ban Hong membuat permohonan itu kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memandangkan gerai terbabit dibawah pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.

“Saya telah mengemukakan permohonan kepada MBMB untuk membantu pembinaan semula gerai terbabit yang musnah teruk.

“Selain memohon agar pihak terbabit juga mengkaji serta memperkasakan aspek keselamatan gerai-gerai MBMB yang dibina di sepanjang jalan besar Kampung Pinang.

“Ini mengambil kira faktor kesibukan lalulintas dan juga aliran trafik yang semakin bertambah,” katanya.

Terdahulu, Ban Hong melawat pemilik gerai terbabit Junaidah Maarof, 45, yang cedera dibahagian kepala akibat daripadan insiden yang hampir meragut nyawanya bersama anak dan suami.

Menurutnya, selain itu beberapa aspek lain juga akan dilihat serta dibincangkan bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.

Melaka Hari Ini kelmarin melaporkan, dua beranak cedera selepas gerai belacan dan cencaluk di Kampung Pinang, Lereh, di sini, dirempuh sebuah kereta.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, Junaidah Maarof, 45 dan anak perempuannya berusia 23 tahun cedera di bahagian kepala dan kaki akibat rempuhan kuat itu.

Menurut pemilik gerai berkenaan yang juga suami Junaidah, Abu Bakar Abd Aziz, 56, kejadian itu berlaku begitu pantas yang mana ketika itu dia berada di bahagian kaki lima kedai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1990
Kongsi :
Previous post Buka kampung baharu untuk generasi muda
Next post Konsert: Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Ubah saiz-+=