Bangunan warna-warni cetus ‘mood’ ceria pelancong

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 13 Januari – Persekitaran tebingan Sungai Melaka mula berwajah baharu, selepas kerja mengecat semula bangunan mula dilaksanakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, selain aspek keceriaan, kebersihan persekitaran kawasan tumpuan pelancongan itu juga dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Hasil inisiatif dilaksanakan, bangunan sebelum ini dipenuhi lumut dicat semula dengan pelbagai warna, sekali gus mencetuskan ‘mood’ ceria dalam kalangan pelancong dan pengunjung

“Selain itu pembangunan fasiliti bagi keselesaan dan kemudahan orang ramai sudah dilaksanakan adalah pembinaan Pelantar Stadhuys, kemudahan seumpama itu akan dibina di beberapa lagi lokasi sekitar Banda Hilir dalam masa terdekat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Shadan berkata, MBMB akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan selaras saranan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 YAB Ketua Menteri Melaka yang bertemakan ‘Bijak Memimpin, Berani Bertindak’ di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), semalam.

Whatsapp Image 2024 01 12 At 1.53.55 Pm (1)
PELANTAR Stadhuys memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pelancong.

“MBMB menerima segala pandangan dan menyambut baik pesanan terkandung dalam amanat Ketua Menteri.

“Kami akan memastikan segala aduan dan tindakan disegerakan agar mutu penyampaian perkhidmatan memuaskan semua pihak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3768
Kongsi :
Previous post Seorang maut, dua parah bas persiaran terbakar
Next post Bukti legenda Hang Tuah guna fakta
Ubah saiz-+=